Isnin, 12 September 2011

Taklimat Ketua Jabatan - Sesi Akademik Semester I 2011/2012

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Kepada semua pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, saya mengucapkan selamat kembali dan saya doakan semoga anda semua berjaya.

Bersama ini saya sertakan taklimat Ketua Jabatan pada telah diadakan pada 12 Sept 2011.
http://www.box.net/shared/45ttoyvkm6qfd9v18mxl

Sekian.

Khamis, 8 September 2011

Senarai Kursus yang bakal ditawarkan pada semester I 2011/2012

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pelajar-pelajar jurusan Kejuruteraan Mekanikal, UPNM. Maaf zahir batin di pohon di atas segala kesilapan dan kekasaran bahasa.

Kesempatan ini juga saya ambil untuk mengucapkan selamat kembali ke sidang akademik semester I 2011/2012. Semoga anda semua telah bersedia (mental dan fizikal) untuk memulakan sesi pembelajaran selepas begitu lama berehat. Kepada yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang pada semester lepas, saya ucapkan tahniah dan syabas kepada anda semua dan kepada yang kurang bernasib baik, sila berusaha dengan lebih keras lagi untuk mencapai kecemerlangan yang di ingini.

Sebagai persediaan untuk memulakan sesi akademik yang baru, bersama ini saya sertakan senarai kursus yang bakal di tawarkan pada semester I 2011/2012. Sila layari blog saya seperti berikut:
http://www.box.net/shared/3iquugi1xk16ngopou31

Sekian, wassalam.

Taklimat Ketua Jabatan kepada Pelajar Baru Pengambilan 2011

Assalamualaikum wbt dan salamsejahtera.

Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar-pelajar baru Jurusan Kejuruteraan Mekanikal, UPNM. Diharap anda semua akan berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan dan prestasi akademik yang cemerlang demi masa depan anda dan harapan kedua ibubapa anda.

Sekian.

Bagi yang ini mendapatkan Taklimat Ketua Jabatan pada 8 Sept 2011, sila layari laman web berikut:
http://www.box.net/shared/jdug47qcdu7p6qxma1qu