Selasa, 13 Disember 2011

Taklimat Pra Daftar Kursus

Bersama disertakan 'slide' taklimat Pra Daftar Kursus sebagai rujukan. http://www.box.com/s/ol3vrfa111gt2llqlm3m

sekian, wassalam.
TQ

Isnin, 12 September 2011

Taklimat Ketua Jabatan - Sesi Akademik Semester I 2011/2012

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Kepada semua pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, saya mengucapkan selamat kembali dan saya doakan semoga anda semua berjaya.

Bersama ini saya sertakan taklimat Ketua Jabatan pada telah diadakan pada 12 Sept 2011.
http://www.box.net/shared/45ttoyvkm6qfd9v18mxl

Sekian.

Khamis, 8 September 2011

Senarai Kursus yang bakal ditawarkan pada semester I 2011/2012

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pelajar-pelajar jurusan Kejuruteraan Mekanikal, UPNM. Maaf zahir batin di pohon di atas segala kesilapan dan kekasaran bahasa.

Kesempatan ini juga saya ambil untuk mengucapkan selamat kembali ke sidang akademik semester I 2011/2012. Semoga anda semua telah bersedia (mental dan fizikal) untuk memulakan sesi pembelajaran selepas begitu lama berehat. Kepada yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang pada semester lepas, saya ucapkan tahniah dan syabas kepada anda semua dan kepada yang kurang bernasib baik, sila berusaha dengan lebih keras lagi untuk mencapai kecemerlangan yang di ingini.

Sebagai persediaan untuk memulakan sesi akademik yang baru, bersama ini saya sertakan senarai kursus yang bakal di tawarkan pada semester I 2011/2012. Sila layari blog saya seperti berikut:
http://www.box.net/shared/3iquugi1xk16ngopou31

Sekian, wassalam.

Taklimat Ketua Jabatan kepada Pelajar Baru Pengambilan 2011

Assalamualaikum wbt dan salamsejahtera.

Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar-pelajar baru Jurusan Kejuruteraan Mekanikal, UPNM. Diharap anda semua akan berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan dan prestasi akademik yang cemerlang demi masa depan anda dan harapan kedua ibubapa anda.

Sekian.

Bagi yang ini mendapatkan Taklimat Ketua Jabatan pada 8 Sept 2011, sila layari laman web berikut:
http://www.box.net/shared/jdug47qcdu7p6qxma1qu

Rabu, 2 Mac 2011

PERTANDINGAN MEREKABENTUK "FORMULA RACING CAR"

Pertandingan merekabentuk 'Formula Racing Car (FRC)' adalah merupakan satu pertandingan merekabentuk kereta lumba dengan menggunakan perisian komputer dibuka kepada semua pelajar UPNM, tidak kira jurusan.

Pertandingan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai rekabentuk kenderaan bermotor dengan menghasilkannya menggunakan perisian komputer. Ianya juga bertujuan untuk menguji 'creative thinking' dan 'soft skill' para pelajar.

Pelajar yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, samada secara perseorangan atau kumpulan (tidak lebih 4 orang) dikehendaki menghasilkan rekabentuk FRC dalam bentuk lukisan kejuruteraan 2D dan 3D. Rekabentuk yang terbaik akan digunakan untuk menghasilkan FRC kedua Kelab Kejuruteraan sebagai persediaan pertandingan EIMARace yang dijadualkan berlangsung pada bulan Jul 2011.

Pelajar/Kumpulan yang berminat untuk menyertai pertandingan ini kehendaki menghantar borang penyertaan kepada Pejabat Jabatan Kejuruteraan Mekanikal sebelum 18 Mac 2011.

Muat turun borang penyertaan : http://www.box.net/shared/fbod08vcnj
Garisan panduan dan peraturan pertandiangan : http://www.box.net/shared/2trt2xxgtu

Tarikh tutup untuk memajukan hasil lukisan: 8 Apr 2011
Tarikh Pertandingan : 14 Apr 2011 bertempat di Lobi Bangunan Bestari, UPNM.

Berita mengenai Pertandingan dan Keputusan pertandingan, sila kick : http://www.box.net/shared/r38pbsdok1

Isnin, 3 Januari 2011

Thermodynamics I (EMM2503) - Semester II 2012/2013

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Terlebih saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang pada semester I 2012/2013. Kepada yang kurang cemerlang, saya harap anda akan berusaha dengan lebih gigih lagi bagi mendapat keputusan yang lebih baik pada semester ini.
Termodinamik I merupakan salah satu kursus teras bagi program Kejuruteraan Mekanikal. Anda perlu lulus kursus ini bagi membolehkan anda mengikuti kursus seterusnya dan ia merupakan pra syarat ke Termodinamik II. Manakala Termodinamik II pula merupakan pra syarat bagi anda menjalani Latihan Industri (LI) dan mengambil kursus Projek Tahun Akhir (FYP) pada tahun 4 nanti. 
Secara amnya, kursus ini meliputi kefahaman mengenai sifat-sifat penting bahan kerja kerana perubahan pada sifat bahan kerja merupakan ukuran kepada perubahan tenaga. Hubungan tenaga, kerja dan haba dijelaskan dalam hukum pertama dan kedua Termodinamik dan akhir sekali pendedahan ke atas hubungan entropi akan dijelaskan. 

Berikut adalah rancangan pembelajaran (L One) bagi kursus Termodinamik I :
https://www.box.com/s/8k43984rsp9s6qeabn28
(update Version 7 Feb 2013)

Nota kuliah termodinamik 1 (Semester II 2012/2013)
Chapter 1 - Introduction & Basic Concepts : https://www.box.com/s/mlbk2mcvp9xo9pzvxzru  
Chapter 2 - Energy and Energy Analysis : https://www.box.com/s/bhp3zbhwpdzdbce67cr4
Chapter 3 - Properties of Pure Substance : https://www.box.com/s/ec3p716ylj405ber7iww
                -  Ideal Gas : https://www.box.com/s/c3hswc1bezw697aqhhtv
Chapter 4 - Energy Analysis for Closed System : https://www.box.com/s/aqdqugr82crpx11yr6fh
Chapter 5 - Mass and Energy Analysis of Control Volume
                   : https://www.box.com/s/a9y03n2gzlovumcy45c1  (Part A)
                   : https://www.box.com/s/1q6s5cadmd7zt66csoi7  (Part B)
Chapter 6 : Energy Analysis : https://www.box.com/s/gpppdqzuklnwt9ftnj2z
Chapter 7 : Entropy : https://www.box.com/s/62n8wcybr5stdbvs5qxz

Perhatian:
UJIAN ULANGAN (TEST 2) - Ujian ulangan akan diadakan pada 5 Jun 2013 (Rabu) pada jam 2.00 petang bertempat di bilik Kuliah Bangunan Bestari.
Sekian.


Taklimat Ketua Jabatan - Semester II 2010/2011

Assalamualaikum wbt.

Saya mewakli semua pensyarah dan kakitangan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat kembali kepada semua pelajar Jurusan Kejuruteraan Mekanikal ke sesi akademik Semester II 2010/2011.

Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang cermelang pada semester I 2010/2011.

Untuk muaturun slide taklimat Ketua Jabatan, sila klik website berikut: http://www.box.net/shared/d3libt7e8j