Rabu, 2 Mac 2011

PERTANDINGAN MEREKABENTUK "FORMULA RACING CAR"

Pertandingan merekabentuk 'Formula Racing Car (FRC)' adalah merupakan satu pertandingan merekabentuk kereta lumba dengan menggunakan perisian komputer dibuka kepada semua pelajar UPNM, tidak kira jurusan.

Pertandingan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai rekabentuk kenderaan bermotor dengan menghasilkannya menggunakan perisian komputer. Ianya juga bertujuan untuk menguji 'creative thinking' dan 'soft skill' para pelajar.

Pelajar yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, samada secara perseorangan atau kumpulan (tidak lebih 4 orang) dikehendaki menghasilkan rekabentuk FRC dalam bentuk lukisan kejuruteraan 2D dan 3D. Rekabentuk yang terbaik akan digunakan untuk menghasilkan FRC kedua Kelab Kejuruteraan sebagai persediaan pertandingan EIMARace yang dijadualkan berlangsung pada bulan Jul 2011.

Pelajar/Kumpulan yang berminat untuk menyertai pertandingan ini kehendaki menghantar borang penyertaan kepada Pejabat Jabatan Kejuruteraan Mekanikal sebelum 18 Mac 2011.

Muat turun borang penyertaan : http://www.box.net/shared/fbod08vcnj
Garisan panduan dan peraturan pertandiangan : http://www.box.net/shared/2trt2xxgtu

Tarikh tutup untuk memajukan hasil lukisan: 8 Apr 2011
Tarikh Pertandingan : 14 Apr 2011 bertempat di Lobi Bangunan Bestari, UPNM.

Berita mengenai Pertandingan dan Keputusan pertandingan, sila kick : http://www.box.net/shared/r38pbsdok1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan